Monday, February 07, 2011

A Japan Studied Student's Engineering Story

Hujan renyai-renyai tadi sudah semakin lebat. Angin pula semakin kencang. Pokok di tepi jalan Route 52 ini semakin berayun beralun. ‘Taifu daa!!” teriak Ir. Kawaguchi dari jauh. Aku cuba menghamipirinya. Biasanya jalan akan ditutup sekiranya ribut begini. Aku hanya mengiyakan sahaja. Cuaca di musin luruh di bulan Oktober ini memang menyejukkan. Ditambah lagi hujan ribut. Suhu hampir mencecah 5⁰C . Tidak cukup 3 lapis baju yang ku pakai ini.

Aku kin berada di KM 149, Route 52, mengawasi pembaikan semula jambatan yang menghubungkan bandar Yamanashi dan Shizuoka. Sebagai jurutera pelatih, aku ditempatkan di Jabatan Jalan and Trafik, Jabatan Kerja Raya jajahan Yamanashi. Sebagai pelajar tahun 3, Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar di Universiti Yamanahi, aku perlu menjadi jurutera pelatih selama 3 bulan sebelum menyambung semula pengajian di tahun 4.

Kawasan disekeliling jambatan di KM 149 ini sebenarnya telah berlaku tanah runtuh 2 minggu yang lalu. Kini kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan. Jalan di jambatan ini telah ditutup sebelah, supaya mengurangkan beban pada jambatan tersebut. Pengawal trafik terpaksa mengawalnya secara bergilir-gilir bagi membolehkan trafik yang melalui jambatan tersebut melaluinya dari arah selatan bergilir dengan arah utara. Keaadaan bertambah teruk, pada musin luruh ini. Di susuli ribut yang datang tidak menentu. Menjadikan kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan 24 jam.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, Ir. Kawaguchi mengarahkan semua kerja-kerja dihentikan.
Tiba-tiba satu land rover, jabatan kerja raya meluncur menghampiri kami. Ada seusuatu yang disampaikan kepada Ir. Kawaguchi. Aku dah rakan jurutera pelatih, Izawa saling berpandangan. Ribut semakin lebat. Bimbang tanah runtuh akan berlaku lagi, kami diarahkan menutup laluan ini. Land rover tadi berhenti di depan kami, Ir. Kawaguchi memanggil kami naik “ Hayaku nori koi!!”. Kami diajak naik bersama. Dalam land rover terseubt ada seorang lagi jurutera dearah, Ir. Fujii, memberi penjelasan pada kami.

Kami berada di kaki bukit berhampiran kawasan rehat route 52. Kami bersama pekerja am, bersama-sama menyusun kon and menurunkan palang, tanda jalan telah ditutup. Semua kenderaan di arahkan berhenti di kawasan rehat. 11.40pm, route 52 telah ditutup. Kawasan jambatan masih lagi diawasi walaupun kerja-kerja pembaikan telah diberhentikan. Kebarangkalian tanah runtuh akan berlaku lagi. Keutamaan keselamatan pengguna jalanraya perlu di utamakan.

“Kyo wa, inochi wo mamoru inginear, oshiete yaru.” Kata Ir. Kawaguchi kepada aku dan Izawa. “Hait! Wakarimashita.” Jawab aku dan Izawa.

-Sebahagain pengalam jurutera pelatih di Yamanashi, Japan-

Engr. Hairi Hisham
Civil Engineer

“taifu daa!!” – “Sudah rebut!!
“ Hayaku nori koi!!” – “Mari Ceopat naik!!”
“Kyo wa, inochi wo mamoru inginear, oshiete yaru” – “Hari ini saya ajar untuk menjadi jurutera yang menyelamat nyawa!”
“Hait! Wakarimashita.” – “Baiklah, kami faham.”

No comments: